Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kayu bakar punggung BERJAYA MENCAPAI 334 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SUNAN IBNU MAJJAH

41  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2933.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami 'Abdullah bin, Idris, dari Muhammad bin Ishaq, dari Yahya bin 'Abbad bin 'Abdullah bin Az-Zubair, dari ayahnya, dari Asma- bint Abu Bakar, dia berkata: "Kami pergi (haji) bersama Rasulullah saw. Hingga apabila kami tiba di Al-'Arj, turunlah kami. Lalu Rasulullah saw. duduk, dan 'Aisyah berada di samping beliau. Dan aku sendiri berada di samping Abu Bakar. Dan adalah barang bawaan kami dan barang bawaan Abu Bakar jadi satu bersama budak laki-laki Abu Bakar". Asma- melanjutkan: "Maka muncullah budak laki-laki tersebut, sendirian saja tidak bersama untanya. Maka Abu Bakar bertanya kepadanya: "Mana untamu?" Dia menjawab: "Aku telah menghilangkannya tadi malam". Maka Abu Bakar berkata: "Engkau hanya membawa seekor unta, dan engkau menghilangkannya?" Perawi melanjutkan: Maka diapun mulai memukuli budak laki-laki tersebut. Sehingga Rasulullah saw. bersabda: "Lihatlah orang yang berihram ini! Apa yang dia perbuat?"

42  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0278.
Dari Abi Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. berkhutbah, sabdanya: Sesungguhnya Allah swt. menyuruh pilih kepada hamba-Nya antara dunia dan akhirat. Maka dipilihnya "akhirat". Lalu Abu Bakar r.a. menangis. Aku berkata pada diri ku sendiri, "Kenapa orang tua ini menangis, jika Allah swt. menyuruh pilih kepada salah seorang hamba-Nya antara dunia dan akhirat, lalu dipilih akhirat. Padahal yang dimaksud dengan hamba Allah itu ialah Rasulullah saw. sendiri. Sedangkan Abu Bakar adalah orang yang lebih tahu di antara kami. Sabda Nabi saw., "Hai, Abu Bakar! Jangan menangis! Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada ku persahabatan dan hartanya, ialah Abu Bakar. Andai kata aku boleh memilih teman di antara umat ku, maka akan kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan dan kecintaan dalam Islam cukup memadai. Tidak satu pun pintu di dalam masjid yang terbuka, melainkan semuanya tertutup, kecuali pintu Abu Bakar.

43  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0380.
Aswad r.a. bercerita: "Pada suatu kali kami berada dekat Aisyah r.a., lalu kami berbincangkan masalah menetapi solat berjemaah dan memuliakannya. Kata 'Aisyah, "Ketika Rasulullah saw. sedang solat keras menjelang akhir hayat beliau, waktu solat tiba dan orang pun telah azan; maka berkata beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia mengimami solat berjemaah dengan orang banyak." Dijawab orang, "Abu Bakar seorang penyedih hati. Kalaulah dia yang menggantikan anda, dia tidak akan sanggup solat menjadi imam bagi orang banyak." Rasulullah mengulangi perintahnya sampai tiga kali, tetapi orang itu mengulangi jawabnya pula hingga tiga kali. Akhirnya Rasulullah saw. bersabda: "Kamu semua (wanita) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar solat dengan orang banyak!" Abu Bakar datang, dia solat menjadi imam bagi orang banyak. Ketika Nabi merasa agak ringan penyakitnya, beliau datang ke masjid dengan dipapah oleh dua orang (Abbas dan Ali). Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana Nabi mengheret kakinya kerana sakit. Dan Abu Bakar hendak undur ke belakang. Tetapi diisyaratkan oleh Nabi kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Kemudian beliau dipapah/didudukkan orang di dekat Abu Bakar."

44  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1255.
Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ke luar dalam masa peperangan Hudaibiyah. Ketika telah sampai di suatu jalan, Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Khalid bin Walid di Ghamim dalam pasukan berkuda orang Quraisy menjadi pengintip, maka ambillah jalan ke sebelah kanan". Demi Allah, Khalid tiada mengetahui. sehingga ketika dalam debu tentera berangkatlah Khalid memacu kudanya untuk memberi peringatan kepada orang Quraisy. Dan Nabi s.a.w. terus berjalan, hingga ketika beliau berada di puncak bukit yang akan dituruni menghadap mereka. Unta beliau bersimpuh (berhenti). Orang banyak berkata: "Hal, hal!" (ucapan menghalau unta). Unta itu tiada mahu berjalan. Mereka berkata: "Qashwa mogok, Qashwa mogok!" Nabi berkata:" Qashwa bukan mogok, dan itu bukan sifatnya. Melainkan ia ditahan oleh yang menahan gajah (yang datang untuk meruntuh Kaabah)". Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya, setiap mereka minta pada ku satu rencana buat membesarkan kehormatan Tuhan, selalu aku berikan kepada mereka." Kemudian beliau mengherdik unta beliau, lalu ia melompat. Kata Rawi (yang meriwayatkan hadis): Kemudian beliau berpaling dari mereka sehingga berhenti di tengah padang Hudaibiyah. Di situ ada lobang yang berisi sedikit air. Orang banyak menyauknya sedikit-sedikit dan tinggal di situ, sehingga mereka menghabiskan air itu. Maka diadukanlah kehausan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau mengambil anak panah dari tabungnya, kemudian beliau suruh mereka mencacakkannya dalam lobang itu. Maka demi Allah, memancarlah air dengan derasnya sehingga mereka kembali. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Budail bin Warqa' Al Khuzai dalam satu rombongan dengan kaumnya suku Khuzaah. Mereka adalah kepercayaan Rasulullah s.a.w. di antara penduduk Tihamah. Kata Budail: "Saya meninggalkan Kaab bin Luai dan Amir bin Luai, berhenti di tempat-tempat air Hudaibiyah dan dengan mereka ada unta yang masih menyusukan anaknya. Mereka akan memerangi dan melarang tuan untuk mengunjungi Baitullah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya kami datang bukanlah untuk memerangi seseorang, akan tetapi kami datang untuk mengerjakan 'umrah. Sesungguhnya orang Quraisy itu telah dilemahkan dan dirusak oleh peperangan. Kalau mereka menghendaki, saya beri tempoh kepada mereka dan mereka dibiarkan tidak perang antara saya dan mereka, biarpun saya akan menang. Kalau mereka hendak masuk ke dalam apa yang dimasuki orang banyak, iaitu perang, mereka boleh melakukannya! Kalau tidak, maka mereka dapat berehat. Kalau mereka tiada mahu, maka Tuhan yang, diri ku di tanganNya, mereka akan saya perangi atas dasar tugas , sampai leher saya putus. Sesungguhnya Tuhan akan melaksanakan pekerjaanNya". Budail berkata: "Nantilah saya sampaikan kepada mereka apa yang tuan katakan itu". Kata Rawi: Lalu ia berjalan hingga ditemuinya orang Quraisy. Katanya: "Bahawa sesungguhnya kami datang kepada mu dari laki-laki itu (Nabi Muhammad s.a.w.) dan kami dengar beliau mengucapkan sabdanya. Kalau kamu menghendaki supaya kami sampaikan kepada mu, kami lakukan". Orang-orang bodoh di antara mereka berkata: "Satu pun tidak perlu bagi kami untuk engkau khabarkan sabdanya itu". Orang cerdas di antara mereka berkata: "Terangkanlah apa katanya yang engkau dengar! Jawab Budak: "Saya dengar beliau bersabda begini dan begitu". Terus diceritakannya kepada mereka semua yang disabdakan Nabi s.a.w. Urwah bin Masuud lalu berdiri, katanya: "Hai kaumku! Bukankah kamu sebagai bapa?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Bukankah saya sebagai anak?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Kamu curigaikah saya'!" Jawab mereka: "Tidak!" Katanya: "Bukanlah kamu telah mengetahui bahawa saya meminta bantuan kepada penduduk 'Ukaz tatkala mereka tiada membantu saya, lalu saya datang kepada mu bersama-sama dengan keluarga, anak dan orang yang mengikut saya'? "Mereka menjawab:"Benar!" Seterusnya ia berkata: "Orang itu (Nabi Muhammad s.a.w.) sebenarnya telah memberikan rencana yang benar untuk kamu; hendaklah kamu terima dan biarkanlah saya datang menghadap beliau!" Jawab mereka: "Datanglah menghadapnya.". Lalu ia datang menghadap Nabi . berunding dengan Nabi s.a.w. sebagaimana sabda beliau kepada Budak!. Waktu itu "Urwah berkata: "Hai Muhammad! Bagaimana pendapat tuan jika tuan hapuskan 'kebiasaan kaum tuan'? Adakah tuan dengar seseorang di antara orang Arab yang telah menghapuskan keluarganya'! Kalau sekiranya terjadi, maka sesungguhnya, demi Allah, saya tiada akan melihat pemimpin-pemimpin, dan sesungguhnya saya lihat percampuran dari orang banyak, bahawa mereka akan lari dan meninggalkan tuan". Abu Bakar berkata kepadanya: "Hisaplah kemaluan Lata. Adakah kami akan lari ,meninggalkan beliau'!" Tanya 'Urwah: "Siapakah ini'!" Orang banyak menjawab: "Abu bakar!" Katanya: "Demi Tuhan yang diri ku ditanganNya! Kalau tidaklah kerana jasa-jasa engkau kepada saya yang tiada terbalas. nescaya saya jawab".Kata Rawi: Dan ia terus berunding dengan Nabi s.a.w. Setiap kali ia berbicara dijangkaunya janggut Nabi, sedangkan Mughirah bin Syuubah berdiri di belakangnya dengan memegang pedang dan bertopi waja. Setiap 'Urwah menghulurkan tangannya ke janggut Nabi s.a.w., Mughirah memukul tangannya dengan ujung sarung pedangnya, katanya: "Jauhkan tangan engkau dari janggut Rasulullah s.a.w." 'Urwah mengangkat kepalanya lalu bertanya: "Siapakah ini?" . Orang banyak menjawab: "Mughirah bin Syuubah!" Kata Urwah: 'Hai penipu! Bukankah saya telah berusaha menolak tipuan engkau? Mughirah pada masa jahiliyah bersahabat dengan suatu kaum, maka ia membunuh dan mengambil harta mereka. kemudian ia datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia masuk Islam". Waktu itu Nabi s.a.w. bersabda: "Adapun untuk masuk Islam, saya terima. Adapun harta, itu bukan urusan saya". Sesudah itu 'Urwah menatap sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dengan kedua matanya. Kata 'Urwah: "Demi Allah, kalau Rasulullah s.a.w.meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, digosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah, mereka cepat melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebutan air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menunjukkan pandangan pada beliau kerana membesarkannya. Kemudian 'Urwah kembali kepada kawan-kawan lalu berkata:"Hai kawan-kawanku! Demi Allah. saya pernah menjadi utusan menemui raja-raja dan pernah menjadi utusan menemui Kaisar (Raja rom). Kisra (Raja Parsi),dan Najasi (Raja Habsyah). Demi Allah, belum pernah saya lihat sekali pun seorang raja yang dibesarkan oleh sahabat-sahabatnya (pengikutnya) sebagaimana Muhammad s.a.w. dibesarkan oleh sahabat-sahabat beliau. Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w. meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, mereka menggosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah kepada mereka, dengan cepat mereka melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebut air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menujukan pandangan kepada beliau kerana membesarkan beliau. Dan sesungguhnya beliau telah memberikan kepada kamu satu usul yang , maka terimalah!" Seorang laki-laki dari Bani Kinanah berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau!" Mereka menjawab: "Temuilah!" Setelah ia berada dekat Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Si Anu ini dari kalangan kaum yang membesarkan (memuliakan) unta. Bawalah unta korban itu kepadanya!" Lalu dibawa unta itu, dan orang banyak pun menyambutnya sambil mengucapkan ucapan selamat datang. Setelah dilihatnya hal demikian itu, ia berkata: "Subhanallah, tiada sepantasnya mereka ini dihalangi mengunjungi Bait (Kaabah) . Setelah ia kembali kepada kawan-kawannya, ia berkata: "Saya lihat unta korban telah diberi kalung dan diberi tanda. Saya berpendapat jangan mereka diha1angi mengunjungi Bait (Kaabah)" Seorang laki-laki di antara mereka yang bernama fdikraz bin Hafs berdiri, lalu berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau! Kata mereka: "Temuilah!" Setelah dia hampir tiba, Nabi s.a.w. bersabda: Ini Mikraz! Dia seorang laki-laki yang jahat! Lalu dia berunding dengan Nabi s.a.w. Ketika dia berunding dengan beliau itu tiba-tiba Suhail bin Amr datang. Maamar berkata: Maka Ayyub menceritakan kepada saya tentang Ikrimah, bahawa ketika Suhail bin 'Amr datang, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya telah mudah semua pekerjaan kamu!" Maamar berkata lagi: Zuhri mengatakan dalam hadisnya: Maka datanglah Suhail bin 'Amr dan berkata: "Marilah kita membuat sebuah surat perjanjian antara kami dan kamu". Kemudian Nabi s.a.w. memanggil seorang penulis, maka disabdakan oleh Nabi s.a.w.: "Bismillahir Rahmanir Rahim". (Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang). Kata Suhail: "Adapun Rahman, maka demi Allah, saya tiada mengerti apakah itu? Akan tetapi tulislah "Bismikallahumma" (Dengan nama Engkau, hai Allah) sebagaimana yang biasa engkau tulis". Kata orang-orang Islam: "Demi Allah, kami tiada akan menuliskan melainkan "Bismillahir Rahmanir Rahim". Nabi s.a.w. bersabda: "Tulislah Bismikallahumma!" Kemudian beliau bersabda: "Inilah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasullullah". Kata Suhail : "Demi Allah. kalau kami mewakili tuan Rasullullah, tiadalah kami akan melarang tuan mengunjungi Baitullah dan tiada pula kami akan memerangi tuan. Akan tetapi tulislah "Muhammad bin Abdullah", Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Allah, bahawa sesungguhnya saya Rasulullah, tetapi kalau sekiranya kamu mendustakan saya, tulislah "Muhammad bin Abdullah". Kata al-Zuhri: Dan hal itu mengingat sabda Nabi: "Kalau mereka minta kepada ku garis untuk membesarkan agama Allah nescaya aku berikan". Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu jangan menghalangi kami mengunjungi Bait, supaya kami dapat tawaf di situ". Kata Suhail: "Jangan-jangan nanti orang-orang Arab menceritakan bahawa kami ditekan (mundur). maka yang demikian itu baiklah dilakukan pada tahun di muka". Lalu dituliskan. Kata Suhail: "Dan lagi kalau seseorang di antara kami datang kepada tuan, walaupun ia memeluk agama tuan, hendaklah tuan kembalikan kepada kami". Kata orang-orang Islam: "Subhanallah! Mengapa dia dikembalikan kepada orang Musyrik, sedangkan dia datang sebagai orang Islam?" Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam keadaan terbelenggu. la keluar dari hilir Mekah sehingga sampai di hadapan orang Islam. Kata Suhail: "inilah hai Muhammad! Buat pertama kali, apa yang saya Minta untuk tuan, kembalikan kepada saya", Nabi s.a.w. bersabda: '.Sesungguhnya kita belum lagi selesai membuat perjanjian". Kata Suhail: "Demi Allah! Kalau begitu selamanya saya tidak mahu berdamai dengan tuan dalam hal apa jua pun;'. Nabi s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia bersama saya!" Katanya: "Saya tiada akan membiarkannya bersama tuan". Sabda beliau: "Ya, mesti engkau lakukan!" Jawabnya: "Saya tidak akan melakukan". Kata Mikraz: "Baiklah kami biarkan dia bersama tuan", Kata Abu Jandal: "Hai kaum Muslimin, akan dikembalikankah saya kepada orang-orang musyrik, sedangkan saya datang untuk masuk agama Islam! Bukankah telah kamu ketahui apa yang saya derita?" Dan dia disingkir kerana agama Allah dengan seksa yang hebat. Kata Rawi: Umar bin Khattab berkata:Lalu saya datang menghadap Nabi s.a.w. Kata saya: "Bukankah tuan sebenarnya Nabi Allah?" Jawab beliau: "Ya". Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil'?" Jawab beliau: "Ya!" Kata saya: "Kalau begitu apakah tuan masukkan yang kurang baik dalam ugama kita?" Jawab beliau: "Sesungguhnya saya Rasulullah dan saya tidak pernah mendurhakaiNya, Dialah yang menolong saya". Kata saya: "Bukankah tuan pernah menceritakan pada kami, bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan kita tawaf di situ'!" Jawab beliau: "Ya! Adakah saya mengkhabarkan kepada mu bahawa kita akan mengunjunginya tahun ini'?" Jawab saya: "Tidak!" Umar berkata: "Lalu saya datang menemui Abu Bakar. kata saya: "Hai Abu Bakar! Bukankah orang ini sebenarnya Nabi Allah? Jawabnya: "Ya!" Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil?" Jawabnya: "Ya!" Kata saya:"Kalau begitu, mengapa kita datangkan yang kurang baik dalam agama kita?" Kata Abu Bakar: "Hai Umar! Sesungguhnya beliau sebenarnya Rasulullah s.a.w. dan beliau tiada mendurhakai Allah. Dialah yang menolong beliau. Maka peganglah (patuhilah) perintah beliau! Demi Allah! Sesungguhnya beliau atas yang benar!" Kata saya: "Bukankah beliau pernah menceritakan kepada kita. bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan tawaf di situ?" Katanya: "Ya! Adakah beliau mengkhabarkan kepada engkau bahawa engkau akan mengunjungi tahun ini?" Kata saya: "Tidak !" Katanya: "Sesungguhnya engkau akan mengunjunginya lain tahun. Kata Rawi: Setelah selesai membuat surat perjanjian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabat :"Berdirilah (siaplah Dan sembelihlah korbanmu, kemudian ,bercukurlah" Kata Rawi: Demi Allah! Tiada seorang pun di antara mereka yang berdiri, sehingga beliau ulang ucapan yang demikian sampai tiga kali. Tatkala tidak ada seorangpun di antara mereka yang berdiri, beliau lalu masuk ke tempat Ummu Salamah, lantas beliau khabarkan kepadanya apa yang ditemuinya (dialaminya)dari orang banyak. Kata Ummu Salamah: "Hai Nabi Allah! Adakah tuan menghendaki yang demikian? Keluarlah tuan. kemudian janganlah tuan berkata sepatah juapun terhadap seseorang di antara mereka melainkan tuan sendiri lebih dahulu menyembelih korban tuan, dan tuan panggil tukang cukur untuk mencukur rambut tuan". Beliau lalu ke luar dan tiada berkata sepatah pun terhadap seseorang di antara mereka, sehingga beliau melakukan yang demikian itu. Beliau sembelih korban beliau dan beliau panggil tukang cukur, lalu dicukurnya rambut beliau. Setelah mereka melihat yang demikian itu, mereka pun berdiri lalu menyembelih korbannya dan sebahagian mereka mencukur yang lain, sehingga hampir-hampir sebahagian mereka membunuh kawannya, kerana cemas (takut terlambat) menurut perintah. Setelah itu, perempuan-perempuan yang beriman datang menghadap Rasulullah. Tuhan yang Maha Tinggi menurunkan ayat. yang ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu berpindah (meninggalkan negerinya), hendaklah mereka kamu uji"- sampai dengan - "perempuan yang tiada beriman" (Al Quran surat Al Mumtahanah, 10). Waktu itu Umar menceraikan dua orang isterinya yang telah ada pada waktu syirik (mempersekutukan Tuhan). Kemudian seorang di antaranya dikahwini oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, dan yang seorang lagi oleh Safwan bin Umaiyah. Sesudah itu Nabi s.a.w. kembali ke Madinah. Abu Basil' salah seorang di antara orang Quraisy datang kepada beliau, dia beragama Islam. Lalu kaum Quraisy menyuruh dua orang laki-laki untuk mencarinya. Kata perutusan itu kepada Nabi: "Penuhilah janji yang telah dibuat antara tuan dan kami!" Beliau lalu menyerahkan Abu Basir kepada dua orang laki-laki tadi. Keduanya lalu berangkat bersama-sama dengan dia sehingga sampai di Zulhulaifah. Lalu mereka berhenti dan makan kurma. Kata Abu Basir kepada salah seorang yang berdua tadi: "Demi Allah, .sesungguhnya saya lihat pedang engkau ini amat bagus!" Laki-laki itu lalu menghunuskannya, katanya: "Ya, demi Allah, sesungguhnya amat bagus, telah banyak kali saya cuba". Kata Abu Basil': "Perlihatkanlah kepada saya supaya dapat saya perhatikan!" Lalu diberikannya. Abu Basil' lalu menetaknya dengan pedang itu sehingga ia mati. Yang seorang lagi terus lari ke Madinah, dan sampai di Madinah ia berlari masuk masjid. Ketika Rasulullah s.a.w. melihatnya, beliau bersabda: Sesungguhnya orang ini ketakutan". Setelah ia sampai menghadap Nabi s.a.w. ia berkata: "Demi Allah, ia telah membunuh kawan saya dan saya akan dibunuhnya pula". Dalam pada itu Abu Basil' datang lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Demi- Allah! Tuhan telah menyempurnakan janji tuan! Sesungguhnya tuan telah mengembalikan saya kepada mereka. kemudian Tuhan melepaskan saya dari mereka". Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai celaka! Sumber api peperangan! Kalau begitu. perlu seorang pembantu". Tatkala didengarnya yang demikian itu, mengertilah ia bahawa sesungguhnya beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Lalu ia keluar sehingga sampai di pantai laut. Kata Rawi: Abu Jandal bin Suhail menghilang, lalu berhubungan dengan Abu Basir. Dan seterusnya di antara orang Quraisy yang telah Islam keluar (pergi) dari Mekah terus berhubung dengan Abu Basir sehingga mereka berkumpul menjadi satu golongan. Kalau mereka mendengar khabar keberangkatan rombongan kafilah orang Quraisy pergi ke Syam (Syria), mereka merampas, membunuh dan mengambil harta mereka. Maka dikirimlah utusan oleh orang Quraisy menghadap Nabi s.a.w. bermohon kerana Allah dan kerana pertalian keluarga, membawa pesan. bahawa siapa yang datang kepada Nabi. bahawa dia dinyatakan aman (tidak dikembalikan ke Mekah). Nabi s.a.w. mengutus orang memanggil mereka. Lalu Tuhan Yang Maha Tinggi menurunkan ayat yang ertinya: "Dialah yang telah mencegah tangan mereka terhadap kamu, dan tangan kamu terhadap mereka di tengah kota Mekah. Sesudah dia memenangkan kamu di atas mereka sampai dengan kesombongan itu ialah kesombongan (kebencian) masa jahiliyah". (Surat Al Fath, 24 - 26). Kesombongan jahiliyah itu ialah kesombongan mereka yang menyebabkan tiada mahu mengakui Muhammad Rasul Allah dan tidak mahu mengakui Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang serta menghalangi orang Islam mengunjungi Baitullah (Kaabah).

45  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1962.
Dari Aisyah r.a. ibu orang-orang beriman (isteri Nabi) bahawa Rasulullah saw. mengatakan, ketika beliau sedang sakit: "Suruhlah Abu Bakar solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Aisyah menjawab: "Sesungguhnya Abu Bakar apabila dia berdiri di tempat engkau (menjadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar solat (menjadi Imam)." Beliau berkata sekali lagi: "Suruhlah Abu Bakar supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" 'Aisyah mengatakan kepada Hafshah, supaya menyampaikan (kepada Nabi): "Bahawa Abu Bakar apabila berdiri di tempat engkau jadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak, kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar, supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Lalu Hafshah melaksanakan anjuran Aisyah. Mendengar itu Rasulullah saw. berkata: "Sesungguhnya kamu serupa dengan perempuan-perempuan (yang menggoda) Yusuf! Suruh Abu Bakar, supaya dia solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Hafshah berkata kepada 'Aisyah: "Saya tidak mendapat kebaikan kerana mengikuti anjuran engkau."

46  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0205.
Berita dari 'Aisyah, isteri Nabi saw., katanya: "Kami pergi bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Ketika sampai di Baidak, atau Dzatul Jisy, kalungku putus. Rasulullah saw. berhenti mencari kalungku itu dan rombongan pun berhenti pula bersama beliau. Di tempat itu tidak ada air. Beberapa orang datang kepada Abu Bakar mengatakan, "Tidakkah anda lihat apa yang diperbuat 'Aisyah? Dia memaksa Rasulullah saw. dan rombongan berhenti di tempat yang tidak berair, padahal mereka tidak pula membawa air." Maka datanglah Abu Bakar (ayah 'Aisyah) kepada 'Aisyah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang tidur dengan kepala beliau terletak di atas paha 'Aisyah Kata Abu Bakar, " Engkau menahan Rasulullah saw. dan rombongan di tempat yang tidak berair padahal mereka tidak membawa air." Kata 'Aisyah, "Aku dimarahi oleh ayahku (Abu Bakar), dan berbagailah ucapannya kepada ku, sehingga ditusuknya pinggangku dengan tangannya, tapi untunglah aku tidak bergerak kerana Rasulullah saw. sedang tidur di pahaku." Rasulullah saw. bangun tatkala hari telah pagi dan justru air tidak ada. Maka diturunkan Allah ayat tayammum (Kalau kamu tidak memperoleh air, tayammumlah kamu dengan tanah yang bersih, sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu - Al Maidah : 6). Lalu mereka tayammum. Berkata Usaid bin Hudair, "Bukankah itu keberkatan mu yang pertama, hai keluarga Abu Bakar?" Kata 'Aisyah pula, " Setelah itu ku suruh berdiri unta tunggangan ku, maka jumpa kalungku di bawahnya."

47  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2724.
Mewartakan kepada kami Ahmad bin'Amr bin As-Sarh AlMishriy, memberitakan kepada kami 'Abdullah bin Wahb, memberitakan kepada kami Yunus, dari Ibnu Syihab. Dia mewartakannya dari Qabishah bin Dzu-aib. Dan mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id, mewartakan kepada kami Malik bin Anas dari Ibnu Syihab, dari'Utsman bin Ishaq bin Kharasyah, dari Ibnu Dzu-aib, dia berkata: Seorang nenek datang kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq menanyakannya perihal pewarisannya. Abu Bakar berkata kepadanya: "Kamu tidak mempunyai sesuatu bagian yang telah ditentukan dalam kitab Allah (Al-Qur-an). Dan aku tidak mengetahui dalam sunnah Rasulullah saw. ada sesuatu bagian untuk kamu. Maka dari itu, kembalilah, sehingga aku bertanya kepada orang". Lalu Abu Bakar bertanya kepada orang. Lalu Al-Mughirah bin Syu 'bah berkata: "Saya menghadiri Rasulullah saw. memberi seperenam bagian kepada seorang nenek". Abu Bakar berkata: "Apakah ada orang lain bersamamu.". Kemudian Muhammad bin Maslamah Al-Anshariy berdiri, lalu dia berkata seperti apa yang dikatakan oleh Al-Mughirah bin Syu'bah. Kemudian Abu Bakar meluluskan seperenam untuk si nenek. Selanjutnya, ada seorang nenek yang lain dari pihak ayah datang kepada 'Umar, bertanya perihal warisannya kepada beliau. Maka beliau berkata: "Kamu tidak mempunyai sesuatu bagian yang telah ditentukan dalam kitab Allah. Dan tidak ada ketentuan yang telah ditentukan kecuali bagi selain kamu. Dan aku tidak menambah-nambah dalam bagian yang telah ditentukan sama sekali. Tapi dia adalah seperenam. Maka bila kalian berdua berkumpul dalam bagian seperenam, maka dia itu antara kalian berdua. Dan mana di antara kalian berdua yang sendirian, maka seperenam adalah baginya.

48  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4030.
Mewartakan kepada kami Hisyam binn 'Animar, mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim, mewartakan kepada kami Sa'id bin Basyir, dari Qatadah, dari Mujahid, dari Ibnu 'Abbas, dari Ubay bin Ka'eb, dari Rasulullah saw. bahawasanya pada Malam Isra, beliau mencium bau yang harum. Lalu beliau bertanya: "Wahai Jibril, bau harum apa ini.". Jibril menjawab: "Ini adalah bau kuburan Masyithah kedua putra dan suaminya". Kata Jibril selanjutnya: "Pada awal mulanya, bahawasanya Al-Khadhir adalah termasuk orang terhormat di kalangan Bani Isra-il. Dalam perjalanannya, dia melalui seorang pendeta di biara-gereja-nya, maka muncullah pendeta itu kepadanya, lalu mengajarinya Islam. Maka tatkala Al-Khadhir telah sampai dewasa, ayah-nya mengahwinkannya dengan seorang wanita. Lalu dia mengajarinya -- islam" dan berpesan kepadanya agar tidak memberitahukan Al-Khadhir kepada seseorangpun. Sedangkan dia tidak mendekati para wanita. Maka AlKhadhir menceraikannya. Kemudian ayah Al-Khadhir mengahwinkannya dengan seorang wanita lain, lalu Al-Khadhir mengajarinya Islam, dan Al-Khadhir berpesan kepadanya agar tidak memberitahukan kepada seorangpun. Kemudian salah seorang wanita mahu menyembunyikannya "yakni: tidak mengatakan perihalnya kepada seorangpun", tapi wanita yang lainnya justru menyebarluaskan nama Al-Khadhir. Dia berkata: "Sungguh saya pernah melihat Al-Khadhir". Lalu dia pergi kerana ketakutan, sehingga dia datang di sebuah pulau di seberang lautan, lalu ada dua orang lelaki yang mencari kayu bakar melihatnya. Dan salah seorang lelaki itu mahu menyembunyikannya-yakni: tidak mengatakan kepada seseorang perihal Al-Khadhir, tapi lelaki yang lainnya justru menyebarluaskan nama Al-Khadhir". Lalu ditanyakan kepadanya: "Siapakah yang melihatnya lagi bersamamu.". Dia menjawab: "Si Fulan". Selanjutnya si Fulan tadi ditanya, tapi dia menyembunyikannya. Sedangkan dalam aturan agama mereka, bahawasanya orang yang berdusta dihukum bunuh. Jibril berkata selanjutnya: Kemudian, si Fulan tadi mengahwini seorang wanita yang menyembunyikan -tidak mahu menyebarluaskan nama Al-Khadhir. Kemudian pada suatu ketika, dia si wanita itu menyisir rambut putri raja Fir'aun. Tiba-tiba sisirnya terjatuh, lalu mengucapkan: "Celakalah Fir'aun". Kemudian si anak tadi melaporkan kepada ayahnya. Sementara si wanita itu mempunyai dua orang putra dan seorang suami. Kemudian Fir'aun mengirimkan utusan kepada mereka. Lalu Fir'aun membujuk si wanita dan suaminya agar mereka berdua meninggalkan agamanya. Tapi mereka berdua menolaknya. Lalu Fir'aun berkata: "Sesungguhnya aku akan membunuh kalian berdua". Mereka menjawab: "Perbuatan yang baik darimu, kami harapkan. Bila kamu membunuh kami, hendaklah kamu jadikan kami dalam satu rumah". Kemudian Fir'aun melakukannya. Maka tatkala Nabi saw. Isra, beliau mencium bau yang harum, lalu menanyakannya kepada Jibril, maka Jibril mengkhabarkannya. Dalam Az-Zawa-id: Dalam Isnadnya ada Sa'id bin Basyir. Al-Bukhariy memberi komentar: Para ulama memperbincangkan tentang hafalannya. Abu Hatim berkata: Saya mendengar ayahku dan Abu Zur'ah berkata: Ragi kami, dia iiu benar ucapannya. Saya berkata: Dia dapat dipakai hujjah, tapi mereka berada mengatakan: Tidak. Sedang para ulama lainnya mendaifkannya.

49  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0366.
Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang diri ku di tangan-Nya, aku ingin menyuruh seseorang mengumpulkan kayu api, kemudian menyuruh azan untuk solat, kemudian menyuruh seseorang mengimami orang banyak. Kemudian aku berbalik kepada orang-orang yang tidak solat berjemaah, lalu ku bakar rumah mereka. Demi Allah yang diri ku di tangan-Nya, kalaulah mereka tahu bahawa mereka akan memperoleh daging yang baik penuh gemuk, atau dua daging bagus antara dua tulang rusuk, tentulah dia akan menghadiri solat Isyak berjemaah."

50  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3614.
Mewartakan kepada kami 'Ally bin Muhammad, mewartakan kepada kami Waki' dari Sufyan, dari Khalid Al-Hadzdza dari 'Abdullah bin Al-Harits, dari 'Abdullah bin Al-'Abbas, dia berkata: Adalah sandal milik Nabi saw. terdapat dua tali pengikat -antara jari tengah dan yang ada di dekatnya", yaitu yang kedua-duanya sampai di atas punggung gung kaki. Dalam Az-Zawa-id: Isnadnya sahih. Para perawinya tsiqat/terpercaya.